Sejarah Orang Cina Malaysia

Gelombang Pertama

Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba dari negara China ke Melaka.[4] Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk Bangsa Han yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan lalu membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan keturunan masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah Fujian, dimana ia digelar Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan).

Gelombang Kedua

Pada abad ke 19 dan ke 20, Bangsa Han berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang. Kebanyakan Bangsa Han mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai Barat terutamanya negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Manakala, Bangsa Han merupakan kaum majoriti di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Singapura.

Manakala di negeri Johor, Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden". Bangsa Han dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir. Melalui Sistem Kangchu, Bangsa Han digalakkan berpindah dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak Bangsa Han. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan untuk mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 Bangsa Han telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.

Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana pihak British memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat membantu mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.

Rujukan

WikiPedia: Orang Cina Malaysia http://www.31ogos1957.com/post/929977921/future-fo... http://denaihati.com/top-10-richest-malaysians-201... http://www.expatgomalaysia.com/article/1120/old-sc... http://www.forbes.com/2011/03/01/malaysia-richest-... http://www.cwsc2011.gov.in/papers/demographic_tran... http://www.astro.com.my/epg/event.php?id=4703434 http://www.encyclopedia.com.my/volume9/contents.ht... http://www.thestar.com.my/columnists/story.asp?fil... http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/201... http://www.mohe.gov.my/educationmsia/education.php...